Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan negeri Sarawak iaitu di Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Selain itu, ia turut membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.
Sebelum ini, MetMalaysia memaklumkan fasa peralihan monsun akan bermula pada 29 Mac hingga Mei depan.
"Semasa fasa Peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
"Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.
"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya menerusi satu kenyataan.