Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran cuaca itu melibatkan negeri Kedah iaitu di Pokok Sena, Padang Terap dan Sik.

Selain itu, hujan juga dijangka melanda daerah Batang Padang dan Muallim di Perak.

Bagi negeri Kelantan, kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh diramal akan hujan lebat.

Begitu juga di Terengganu, yang membabitkan daerah Setiu dan Kuala Nerus.

Di negeri Pahang pula, hujan diramal di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong.

Sementara itu, daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di negeri Selangor turut terlibat.

Amaran tersebut turut memaklumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanda hujan lebat.

Di Johor, ia hanya membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Beralih ke Sarawak, hujan dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Intipati
  • MetMalaysia meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 9 malam.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, membabitkan banyak daerah terpilih.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan