Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran melibatkan seluruh Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, di Kedah pula melibatkan kawasan Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak, hujan lebat diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Bagi negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dijangka terlibat.
"Di Pahang, ia hanya membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Manakala di Selangor pula daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling," kata MetMalaysia.
Sementara itu, amaran turut melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di negeri Johor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat membabitkan daerah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia lagi.