Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Sofea
amaran hujan lebat
Kredit: Image FX

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran melibatkan seluruh negeri Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Keadaan cuaca itu juga diramal berlaku di negeri Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, ia juga turut membabitkan negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan).

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Bagi negeri Selangor, ia melibatkan daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala di Negeri Sembilan pula membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Hujan lebat juga dijangka melanda Sarawak iaitu diKuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department