Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, cuaca buruk juga dijangka di negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan, hujan diramal di daerah Jeli dan Gua Musang.
Manakala, di negeri Terengganu pula, amaran hanya membabitkan daerah Dungun dan Kemaman.
Bagi negeri Pahang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin dijangka turut mengalami hujan lebat.
Begitu juga di negeri Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Di Negeri Sembilan pula, hanya satu daerah sahaja yang terlibat iaitu di Jelebu.
Hujan lebat turut diramal di Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Manakala di Sabah pula, amaran hujan lebat di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.