Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka akan melanda tujuh buah negeri sehingga jam 12 tengah hari nanti.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis dan Melaka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan kawasan yang terlibat di Pulau Pinang adalah daerah di Barat Daya dan Timur Laut.
Sementara di Kedah pula, hanya daerah Langkawi sahaja yang terlibat.
Selain itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Selangor iaitu Kuala Langat dan Sepang.
BACA: Sedang Cari Jodoh, Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM 3,000
Manakala di Negeri Sembilan, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Port Dickson.
Beralih ke Johor, MetMalaysia mengeluarkan amaran tersebut untuk kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.
Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.