Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di 8 Negeri, 2 Wilayah

Amaran Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran membabitkan WP Kuala Lumpur dan WP Labuan.

Selain itu, beberapa daerah di Perak turut terlibat iaitu di Larut Matang, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta dan Manjung.

Di Kelantan, hujan diramal di daerah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Manakala di Terengganu pula membabitkan kawasan Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.

Amaran turut melibatkan negeri Pahang di daerah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Rompin, Pekan, Jerantut dan Lipis.

Bagi negeri Selangor, hujan lebat diramal di Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Di Johor pula, daerah Kulai, Pontian, Kluang, Mersing, Tangkak, Segamat, Johor Bahru dan Kota Tinggi dijangka terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan), Limbang, Kuching (Kuching dan Bau).

Begitu juga di Sandakan (Tongod dan Kinabatangan), Tawau (Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Sipitang, Keningau, Sook, Beaufort, Kuala Penyu dan Membakut) di negeri Sabah.

Amaran Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 8 malam.
  • Amaran melibatkan lapan negeri serta WP Kuala Lumpur dan WP Labuan, menurut kenyataan Facebook.
  • Ribut petir diberi amaran apabila hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berlarutan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan