Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 1 WP -METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 8 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Selain itu, keadaan serupa dijangka berlaku di WP Kuala Lumpur.
"Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Di Terengganu, daerah terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, manakala Pahang membabitkan Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.
"Di Selangor pula, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu dan Jempol," maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian (Tebedu), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
Manakala, negeri Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.