Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, dua daerah diramal hujan seperti Kinta dan Kampar. Manakala di Kelantan pula melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli dan Kuala Krai.

“Sementara di Terengganu, hanya daerah Besut yang diramal hujan hingga awal pagi ini.

“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan termasuk Miri (Telang Usan, Beluru, Subis dan Bario), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Limbang, Kapit (Belaga).

“Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Membakut, Keningau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Sook dan Pensiangan), Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hingga jam 1 pagi.
  • Kawasan terlibat merangkumi Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah, menurut kenyataan itu.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan