Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amorim Arah Pemain ‘Pujuk’ Penyokong Selepas Tamat Perlawanan
Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mengarahkan pemain-pemainnya untuk memberikan penghargaan kepada peminat yang datang ke Stadium Portman Road selepas pasukan itu hanya sekadar seri 1-1 dengan Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi.
Era baharu pengendali dari Portugal itu dilihat sedikit terbantut apabila hanya meraih satu mata dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus baharu The Red Devils.
Seperti kebiasaannya, Amorim, 39, turun dengan formasi kegemarannya 3-4-3, menyaksikan Noussair Mazraoui di bahagian tengah kanan, Amad Diallo sebagai bek sayap dan Alejandro Garnacho sebagai penyerang dalam.

Amorim mengakui tidak menjangkakan anak-anak buahnya mampu mengaplikasikan sistem baharu itu dengan baik.
“Ia sangat sukar untuk mereka, anda boleh lihat mereka berfikir apa yang nak dilakukan. Walaupun masih belum begitu sempurna, tetapi mereka berusaha keras dalam dua sesi latihan sebelum ini,” katanya.
Banyak Bercakap Dengan Media
Amorim turut mendedahkan dia lebih banyak bercakap dengan media berbanding dengan empat tahunnya di Sporting sejak datang ke Old Trafford.
Man United Sekadar Mampu Seri dengan Ipswich Town

Permulaan permainan tampak meyakinkan apabila penyerang Marcus Rashford meletakkan United dengan satu gol di hadapan seawal minit ke-2.
Bagaimanapun, skuad kendalian Kieran McKenna yang tersentak dengan gol itu mula mengawal momentum permainan.
Pada minit ke-43, usaha pasukan ketiga tercorot liga itu membuahkan hasil apabila Omari Hutchinson menyamakan kedudukan dengan percubaan lencong dari luar kotak penalti.
Meskipun babak kedua terdapat percubaan ke arah gawang gol dilakukan oleh kedua-dua pasukan, namun tiada sebarang gol terhasil dan keputusan 1-1 kekal hingga ke wisel penamat.
United kini menduduki tangga ke-12 liga selepas mengumpul 16 mata dari empat kemenangan dan empat seri daripada keseluruhan 12 perlawanan.
The Red Devils kini ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang mengutip tiga mata selepas kemenangan 3-2 ke atas Southampton semalam.
Sumber: Daily Mail