Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Bongsu Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
anak Baddrol Bakhtiar Meninggal
Gambar: Bernama

Anak Bongsu Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia

Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar meninggal dunia awal pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

“Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 3.15 pagi ini.

“Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.

“Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahklan segala urusan,” maklum kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan.

Al Fatihah.

BACA: BACA: 6 “Founder” Terkenal Ini Pernah ‘Dihalau’ Dari Syarikat Sendiri

BACA: Baru Tahu, Ini Rupanya Perbezaan Antara Wasabi Asli & Tiruan

BACA: Nampak Biasa Tapi Rasanya Unik, Kuih Warisan Qasidah Utara

Sumber: Instagram Baddrol Bakhtiar