Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: Bernama

Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu

Muhammad Farhan

Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD merupakan sejenis penyakit yang kebiasaannya akan menyerang kanak-kanak bawah umur 6 tahun termasuk bayi.

Namun begitu, penyakit ini juga boleh terkena pada orang dewasa namun keberangkaliannya adalah sangat rendah.

Penyakit ini tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sembuh ia hanya memerlukan 7-10 hari sahaja.

Walaupun begitu, sebagai ibu bapa semestinya pasti akan merasa risau sekiranya terdapat kesan melepuh yang muncul disebabkan HFMD pada tubuh anak mereka.

Oleh itu, sebagai ibu bapa wajib tahu cara untuk mencegah penyakit ini. Jadi SK akan berkongsi dengan anda cara untuk mencegah penyakit HFMD menerusi perkongsian portal Hello Doktor.

Adakah penyakit HFMD berjangkit?

Tabiat si kecil yang suka memasukkan setiap benda ke dalam mulut boleh meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Penyakit yang saban tahun menular ini amat mudah berjangkit, namun masih terdapat ramai ibu bapa yang tidak begitu jelas mengenai tanda tanda HFMD dan apa yang perlu dilakukan.

Bagi membantu pemahaman ibu bapa mengenai HFMD, Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoo berkongsikan tiga fakta penting mengenainya bersama panduan berguna yang boleh diamalkan.

Penyakit hfmd
Gambar: Hello Doktor

Fahami tanda tanda HFMD dan berapa hari tempoh jangkitan HFMD

HFMD adalah contoh viral exanthem, iaitu ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus.

Antara tanda tanda HFMD yang biasa terjadi adalah demam, luka di dalam mulut dan ruam yang cenderung muncul pada tangan, kaki, lutut, siku dan punggung.

Menurut Dr Erwin, virus adalah punca HFMD dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.

Berapa hari tempoh jangkitan HFMD?

“Virus-virus yang menjadi punca HFMD ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, tempoh eraman biasanya antara 3 hingga 7 hari dan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu.

Situasi tersebut menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat, perkongsian perkakasan atau barangan mainan mahupun apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik, khususnya selepas rutin menukar lampin.

HFMD sering dikaitkan dengan kanak-kanak, kerana kebanyakan kes jangkitan melibatkan si kecil di bawah usia 6 tahun. Namun hakikatnya, ia turut boleh menjangkiti individu dewasa dan boleh menularkan virus kepada yang lain.

Tiada ubat atau rawatan khusus untuk cara merawat HFMD

Dr Erwin menjelaskan lagi, walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, namun tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejalanya. Cuma terdapat kaedah bagi melegakan simptom dan tanda tanda HFMD.

Berikut adalah beberapa cara merawat HFMD dengan cepat di rumah yang ibu bapa boleh cuba:

  • Bagi mengurangkan tanda tanda HFMD seperti demam, kesakitan dan radang pada ulser mulut, anda boleh memberikan anak paracetamol atau ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Namun pastikan anda mendapat nasihat doktor pakar kanak-kanak sebelum memberikan NSAIDs kepada si kecil

  • Berikan anak makanan yang senang ditelan seperti sup atau bubur nasi untuk menggantikan makanan pejal yang perlu dikunyah

  • Berikan anak air minuman atau jus kesukaan bagi mencegah dehidrasi

  • Legakan ulser mulut dengan kudapan sejuk seperti aiskrim, yogurt dan agar-agar. Penggunaan ubat kumur tanpa alkohol dan gel mulut juga boleh membantu

  • Mandi dengan kerap dan lap secara lembut menggunakan tuala bagi mengelakkan lepuh daripada pecah (jika ada). Elakkan sabun mandi dan penyental kasar yang boleh merengsakan kulit

  • Jika boleh, elakkan memasang penyaman udara pada waktu malam. Ini kerana ulser mulut boleh menjadi semakin sakit disebabkan kurangnya pengeluaran air liur kerana persekitaran lebih kering

  • Sekiranya cuaca panas, gunakan alat pelembap (humidifier) atau letakkan mangkuk berisi air untuk memastikan udara sentiasa lembap

Jika rasa sakit menghalang anak berehat, dapatkan nasihat doktor mengenai penggunaan ubat penahan sakit walaupun mereka tidak demam.

Wujud risiko komplikasi jika abaikan tanda tanda HFMD

Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dengan penggunaan ubat kaunter adalah memadai untuk melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki, mahupun ulser mulut.

Kata Dr Erwin, biarpun bintik tersebut tidak gatal, namun ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang anak daripada makan dan minum.

“Keadaan tersebut jika dibiarkan boleh membawa kepada dehidrasi dan dalam kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” ujar beliau lagi.

Penyakit HFMD
Gambar: Hello Doktor

Bagaimana untuk mencegah HFMD?

Bagi mencegah penularan jangkitan HFMD ini, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti

  • Membasuh tangan dengan kerap

  • Sentiasa lap peralatan rumah dengan pembasmi kuman

  • Elakkan berkongsi makanan atau perkakasan

  • Tidak menyentuh mata atau hidung

  • Mandi selepas keluar ke tempat awam atau sesak

Bagi anak yang mempunyai tanda tanda HFMD, mereka disarankan untuk berehat di rumah bagi mencegah penyebaran jangkitan.

Namun, langkah ekstrem seperti pengasingan anak sendirian di dalam bilik adalah agak melampau dan tidak diwajibkan kerana virus punca HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan lain.

Kepentingan membasuh tangan menggunakan sabun & menjaga kebersihan

Mencuci tangan dengan kerap dan mandi adalah antara amalan kebersihan yang digalakkan untuk melindungi diri daripada pelbagai jangkitan penyakit terutamanya HFMD.

Walau bagaimanapun, mencuci tangan dan mandi menggunakan air sahaja tidak dapat menyingkirkan bakteria yang ada pada anggota tubuh badan anda.

Menurut kajian, mencuci tangan dengan sabun dan air dapat mengurangkan bakteria pada tangan anda sebanyak 92% berbanding mencuci dengan air sahaja yang hanya dapat menghilangkan 77% bakteria.

Malah, mencuci tangan dengan sabun juga dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan berikut:

  • Jangkitan saluran pernafasan akut

  • Pneumonia

  • Jangkitan neonatal

  • Masalah cirit-birit

Perhatikan tanda tanda HFMD serius

Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom dehidrasi teruk pada anak seperti kurang kencing, mulut kering dan kurang air mata apabila menangis. Pastikan anda membawa mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.

Bawa si kecil untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengalami tanda tanda HFMD yang serius seperti pernafasan cepat, kebingungan, mengantuk, pening-pening, leher kebas, sawan, demam melebihi 3 hari dan jika anak tidak mahu makan atau minum.

Dalam kes jarang berlaku, HFMD boleh menyebabkan meningitis virus. Sebaiknya, ibu bapa disarankan membawa anak berjumpa doktor untuk mencegah komplikasi ini.

BACA: Dinding Berkulat? Ini Trik Bijak Untuk Cegah Sebelum Terlambat
BACA: Storage Laptop Selalu Penuh? Cuba Trik Bijak Ini

Sumber: Hello Doktor