Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Anak Mandikan Jenazah, Suami Pimpin Solat Jenazah Nadia Kesuma
Jenazah Allahyarhamah Nadiah Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, telah selamat dimandikan dan disempurnakan urusan terakhir di Jeddah, Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh suami Allahyarhamah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, menerusi satu hantaran ringkas di media sosial.
Menurut beliau, jenazah isterinya telah dimandikan oleh anak perempuan mereka bersama rakan arwah, sebelum disolatkan. Solat jenazah tersebut turut diimamkan sendiri olehnya.
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya, Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan turut menitipkan coretan buat isteri tercinta. Ia seolah menggambarkan perasaan reda yang bercampur sedih atas pemergian insan tersayang.
Dalam coretan tersebut, beliau menyifatkan pemergian isterinya sebagai fasa terakhir menuju ‘istana baharu’, sambil menyatakan rasa cemburu terhadap kemuliaan yang diperoleh Allahyarhamah.
Beliau turut memaklumkan bahawa kira-kira 500 jemaah telah menunaikan solat jenazah buat arwah di Masjid Althaniyan, Jeddah, selepas Subuh.
Beliau meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pengorbanan isterinya. Allahyarhamah disifatkan telah bekerja keras, mencurahkan keringat serta air mata demi keluarga dan anak-anak sepanjang hayatnya.
“Awak memang layak untuk berehat. Kini biarlah Allah membalas segala kebaikan, kasih sayang dan pengorbanan yang telah awak curahkan kepada saya, anak-anak, keluarga, sahabat dan jiran-jiran selama ini,” tulisnya.
BACA: Pelakon “Kung Fu Hustle”, Bruce Leung Siu Lung Meninggal Dunia
Sumber: Muhammad Kamarul Kabilan