Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Saudara Fad Bocey Meninggal Dunia Pada Usia 19 Tahun

Meninggal dunia
Kredit: Threads @fadbocey

Pelawak dan pelakon, Fad Bocey, berkongsi berita duka mengenai pemergian anak saudaranya, Muhammad Danial Akid bin Muhammad Zulkhaery, yang meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Perkara itu dikongsikan Fad menerusi media sosialnya semalam, selain menitipkan doa buat Allahyarham yang disifatkan sebagai insan yang sangat disayanginya.

Anak saudara Fad Bocey meninggal dunia

Menerusi perkongsian berkenaan, Fad meluahkan kesedihan selepas kehilangan anak saudaranya itu, selain mengenang sikap Allahyarham yang tidak pernah membantah setiap teguran serta sentiasa memenuhi permintaan yang diajukan kepadanya.

“Terima kasih untuk semua kenangan yang abang bagi untuk uncle dan makcik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Fad turut memohon orang ramai agar mendoakan Allahyarham serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat Muhammad Danial Akid.

“Allahumma ighfir lahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu,” katanya.

Perkongsian itu turut disertai ungkapan takziah dan doa daripada netizen serta rakan-rakan Fad yang bersimpati dengan kehilangan tersebut.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Danial Akid bin Muhammad Zulkhaery.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Intipati
  • Fad Bocey memaklumkan anak saudaranya, Muhammad Danial Akid, meninggal dunia pada usia 19 tahun.
  • Beliau mengenang Allahyarham sebagai insan disayangi yang tidak pernah membantah teguran diberikan.
  • Fad memohon orang ramai mendoakan Allahyarham, sementara netizen dan rakan menyampaikan takziah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan