Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail Meninggal Dunia

Andre Mikhail
Kredit: amyzaaznankaaia

Anak Sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail Meninggal Dunia

Anak sulung kepada pelakon tempatan, Amyza Aznan dilapor meninggal dunia pada malam Isnin.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh pelakon tersebut melalui satu hantaran di IG Story.

"Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi

"Minta semua sedekahkan Al-fatihah kepada anak saya," katanya.

Sebelum ini, Amyza pernah memuat naik satu hantaran mengenai Allahyarham disahkan kanser paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu.

"Anak saya diagnosis kanser paru-paru tahap 3. Air dari paru-paru dah masuk ke jantung, kemudian paru-paru belah kanan dah collapse

"Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang dan semua jururawat cakap dia sangat tenang... Allah," katanya.

Sumber:Instagram