Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anda Yang Merupakan Ketua Keluarga, Ketua Masyarakat Mesti Juga Mainkan Peranan -PM

Gambar:BERNAMA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini menasihatkan ketua keluarga dan ketua masyarakt perlu juga memainkan peranan.

“Anda yang merupakan ketua keluarga, ketua masyarakat juga mesti memainkan peranan. Nasihat anak-anak, anggota masyarakat supaya sentiasa berhati-hati.

“Elakkan perkumpulan beramai-beramai di kejiranan kita. Amalkan penjarakan sosial sebagai norma baharu dalam kehidupan. Jika berlaku kes-kes bergejala Covid-19 di tempat-tempat kerja atau di kawasan perumahan saudara-saudari, cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara