Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anggota Badan Wanita Ditemukan Di Tapak Pembuangan Sampah
KOTA KINABALU, 12 Feb (Bernama) -- Anggota badan seorang wanita yang dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian ditemukan di tempat pembuangan sampah di Indah Permai di sini pagi tadi.
Difahamkan anggota badan itu ditemukan pekerja pembersihan yang menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan berkenaan kira-kira 7 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi pemberita mengesahkan penemuan itu.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang diteruskan dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.