Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anthony Loke Gesa Prasarana Segera Percepat Selenggara LRT

Nurhanis
masalah pengangkutan
Gambar: BERNAMA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk mempercepatkan proses penyelenggaraan set tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam kadar segera.

Memetik laporan ringkas Bernama sebentar tadi, keputusan tersebut adalah salah satu daripada usaha penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Dalam pada itu, Loke turut memaklumkan bahawa lebih 50 set tren akan mula beroperasi pada suku ketiga 2023 tahun depan.

Manakala perkhidmatan LRT dijangka akan lebih stabil menjelang bulan Jun tahun depan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas beliau meninjau keadaan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya semasa waktu puncak antara 5 hingga 7 petang Isnin.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA