Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kerajaan Negeri Patuhi Keputusan
Kredit: AFP

Anwar Gesa Kerajaan Negeri Patuhi Keputusan Isu Rumah Ibadat

BERNAMA

Anwar Gesa Kerajaan Negeri Patuhi Keputusan Isu Rumah Ibadat

SHAH ALAM, (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kerajaan negeri mematuhi ketetapan Kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan rumah ibadat secara tidak sah bagi memastikan keselamatan dan kematangan negara pada masa hadapan.

Beliau berkata walaupun prinsip tolak ansur mempunyai nilai dan kebaikan tersendiri, ia tidak boleh diteruskan tanpa batas sehingga menjejaskan kedaulatan undang-undang serta kekuatan institusi negara.

“Negara ini tidak akan matang dan selamat sekiranya kita terus mengamalkan tolak ansur yang tidak berkesudahan kerana tolak ansur ada kekuatannya, tetapi bukan sehingga merobek seni dan kekuatan negara itu sendiri.

“Sebab itu, dalam soal rumah ibadat, kuil dan sebagainya, saya menetapkan garis panduan di bawah Kerajaan Persekutuan dan saya juga menghubungi semua kerajaan negeri, termasuk negeri pembangkang, supaya kita ketepikan perbezaan politik kerana pimpinan Kerajaan MADANI telah membuat keputusan dasar yang jelas, maka marilah kita bersama melaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA 2026) di Dewan Pro-Canselor Universiti Selangor (UNISEL), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim; Pengerusi DASA merangkap Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Zainal Mohd Jais; tiga Sasterawan Negara iaitu Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh, Datuk Dr. Anwar Ridhwan dan Datuk Dr. Zurinah Hassan serta Tokoh Sejarawan Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria.

Menjelas lanjut, Anwar berkata keputusan berhubung isu rumah ibadat bukan dibuat secara tergesa-gesa atau bersandarkan kepentingan sempit mana-mana pihak, sebaliknya kerajaan mengambil masa lebih dua tahun untuk meneliti dan mendengar pandangan semua pihak sebelum memuktamadkan perkara itu.

Katanya, tempoh itu perlu bagi memastikan setiap keputusan adil, berlandaskan Perlembagaan dan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum serta agama di negara ini.

“Dalam soal rumah ibadat, kita tetapkan sampai ke (satu) masa (tahap), kalau betul kita anak Malaysia yang merdeka dan tunduk kepada hukum dan undang-undang, mengapa diberikan pengecualian?

“Saya mengambil masa lebih dua tahun untuk memuktamadkan keputusan ini. Alhamdulillah, akhirnya ada ketetapan bahawa semua kaum dan agama mesti tunduk dan menerima kenyataan bahawa Malaysia ialah negara hukum,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Putrajaya pagi tadi, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mematuhi peraturan.

Beliau turut memuji Amirudin kerana berjaya menyelesaikan isu penternakan babi yang telah lama berlarutan di negeri itu.

Katanya, isu tersebut dirumus dan ditangani dengan baik oleh Kerajaan Negeri Selangor walaupun berdepan helah politik.

Sumber:BERNAMA