Terkini

Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Mengira Hari Menuju Ramadan
Kredit: Bernama

Mengira Hari Menuju Ramadan, Bolehkah Ia Diamalkan? Ini Jawapan Mufti WP

Athirah

Mengira Hari Menuju Ramadan, Bolehkah Ia Diamalkan? Ini Jawapan Mufti WP

Sudah tentu Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang bergelar umat Islam.

Ada yang tidak sabar untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan sehingga mula membuat kiraan hari yang tinggal.

Namun, dengan kemajuan teknologi hari ini, ramai mula menggunakan aplikasi atau media sosial untuk mengira hari atau detik menuju Ramadan yang dikenali sebagai "countdown" Ramadan.

Namun begitu, timbul persoalan dalam kalangan umat Islam, apakah hukum mengira detik bulan Ramadan?

Untuk menjawab persoalan tersebut, mari kita ikuti kupasan dan jawapan yang disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan isu ini.

SOALAN

Assalamualaikum Sahibus Samahah Mufti. Apakah hukum membuat countdown bulan Ramadan? Mohon penjelasan Tuan Mufti. Terima kasih.

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan dan dirindui oleh golongan yang beriman. Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

(Surah al-Baqarah: 185)

Bagi menjawab soalan di atas, pertamanya, countdown bermaksud mengira detik yang berbaki sehingga tibanya sesuatu waktu yang dinantikan.

Sesungguhnya perbuatan menunggu dan menanti-nantikan tibanya waktu yang dikhususkan untuk beribadah merupakan satu perkara yang mulia. Hal ini sama seperti menunggu waktu-waktu solat selepas selesai menunaikannya. Rasulullah SAW bersabda:

ألا أدلُّكُم على ما يُكَفِّرُ اللَّهُ بِهِ الخَطايا، ويزيدُ بِهِ في الحسَناتِ؟ قالوا: بلى يا رسولَ اللَّهِ قالَ: إِسباغُ الوضوءِ عِندَ المَكارِهِ، وَكَثرةُ الخُطى إلى المساجِدِ، وانتظارُ الصَّلاةِ بعدَ الصَّلاةِ

Maksudnya: Mahukah kalian aku tunjukkan kepada perkara yang dengannya Allah SWT akan mengampunkan dosa dan menambahkan pahala? Lalu para Sahabat RAnhum menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah SAW!”.

Rasulullah SAW bersabda, “Menyempurnakan basuhan wuduk pada kesusahan (kesejukan, sakit dsb), banyaknya langkahan menuju ke masjid (untuk solat berjemaah) dan menunggu solat yang seterusnya selepas menunaikan solat.”

Hadith riwayat Ibn Majah: (776)

Begitu juga, sememangnya terdapat galakan untuk kita menunggu dan mengharapkan untuk disampaikan kepada bulan Ramadhan.

Ini dapat difahami apabila kita dianjurkan untuk berdoa bermula dari bulan Rejab dan Sya’ban lagi supaya sampai kepada bulan Ramadhan.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik RA, bahawa beliau berkata: “Rasulullah SAW berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab;

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346)

Selain itu, kita juga dianjurkan berdoa supaya dapat sampai kepada bulan Ramadhan dalam keadaan yang selamat sejahtera dan bersedia untuk melaksanakan ibadah di dalamnya dengan bersungguh-sungguh. Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)

Disamping itu juga, Imam Ibn Rejab al-Hanbali di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Sesungguhnya mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan dan enam bulan lagi supaya Allah SWT menerima daripada mereka amalan mereka”. (Rujuk Lataif al-Ma’arif: 204)

Ada dalam kalangan mereka golongan salaf yang juga melantunkan syair kerana kegembiraan menantikan ketibaan ‘tetamu yang membawa berkat’ iaitu bulan Ramadhan, dengan berkata;

جَاءَ شَهرُ الصِّيَامِ بِالبَرَكَاتِ * فَأَكْرمْ بِهِ من زَائِرٍ هُوَ آتِ

Maksudnya:

Maka bulan puasa yang penuh berkat telahpun datang

Alangkah mulianya tetamu ini yang bertandang.

(Rujuk Lataif al-Ma’arif Fi Ma Li Mawasim al-‘Am Min al-Wazaif: 204)

Ini adalah salah satu cara golongan terdahulu memperingatkan orang ramai untuk mempersiapkan diri dengan ketibaan bulan Ramadhan.

Disamping itu juga, kami telah mengulas panjang lebar berkaitan bagaimana sepatutnya kita melakukan persiapan untuk tiba bulan Ramadhan, sila rujuk Bayan Linnas siri ke-62: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum membuat kiraan detik (countdown) bagi bulan Ramadhan adalah harus.

Bahkan, ia sangat digalakkan jika sekiranya perkara tersebut menjadikan orang ramai bersemangat dalam melakukan kebaikan dan amal ibadat, maka orang yang membuat perkara ini akan turut mendapat pahala.