Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Api Menyambar Dari Dapur, Wanita Beri Peringatan Pada Pengguna Tong Gas

tong gas
Kredit: @natasyaadilla/ via Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Api Menyambar Dari Dapur, Wanita Beri Peringatan Pada Pengguna Tong Gas

Dapur merupakan ruang yang paling kerap digunakan di dalam rumah bagi kebanyakan orang untuk membantu urusan harian.

Manakan tidak, segala aktiviti penyediaan makanan dilakukan di sini, malah kadangkala menjadi tempat berkumpul bersama ahli keluarga.

Tidak dinafikan, hampir setiap rumah di Malaysia menggunakan tong gas sebagai sumber utama untuk memasak kerana lebih praktikal dan menjimatkan.

Namun, penggunaan gas ini juga mendatangkan risiko keselamatan yang besar kepada orang ramai dalam tidak sedar.

Hakikatnya, kebakaran rumah yang berpunca daripada dapur sering kali berlaku akibat kelalaian kecil. Lebih membahayakan, dalam sekelip mata sahaja boleh meragut nyawa.

Kronologi kejadian

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads di akaun @natasyaadilla berkongsi pengalaman ngeri yang dialaminya sewaktu api tiba-tiba menyambar ketika sedang memasak.

Menurutnya, api yang marak merebak ke bahagian belakang dapur kerana wayar kepala gas tercabut, lalu merebak ke plug elektrik dan peralatan lain di sekeliling.

“Mujur jiran dan tukang rumah segera bertindak menutup kepala gas sebelum api merebak lebih luas, sementara pihak bomba tiba tidak lama kemudian” tulisnya.

Walaupun tiada kecederaan serius yang berlaku, dapur rumahnya mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran itu.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini turut mengakui detik cemas yang dialami cukup menakutkan sehingga membuatkannya trauma untuk memasak lagi.

Tong gas tidak akan meletup

Keadaan panik semasa api menyambar sering membuatkan ramai orang berasa cemas dan takut, terutamanya apabila berhadapan dengan tong gas.

Menurut @natasyaadilla, keadaan panik yang berlaku membuatkan dia hanya sempat menyelamatkan anak-anak keluar dari rumah kerana bimbang tong gas akan meletup.

Namun, pihak bomba memberitahu bahawa tong gas sebenarnya hanya berisiko meletup jika api telah merebak sepenuhnya ke seluruh rumah.

Ini bermakna, dalam kebanyakan situasi kebakaran dapur, tong gas tidak akan meletup secara tiba-tiba seperti yang ramai sangka.

Mengetahui fakta ini boleh membantu anda untuk tetap tenang dan membuat tindakan yang lebih selamat ketika menghadapi api atau kebocoran gas.

Tip keselamatan

Sementara itu, @natasyaadilla juga ada berkongsi beberapa tip penting yang diperoleh dari pihak bomba untuk berhadapan dengan situasi ini.

Difahamkan, anda perlu menutup kepala gas terlebih dahulu sebelum cuba memadamkan api. Kemudian, letakkan kain basah di atas kepala gas untuk menghalang haba merebak.

Yang paling penting ialah memerhatikan warna api dapur kerana api yang baik seharusnya berwarna biru. Sebaiknya, gunakan kepala wayar gas berwarna hitam kerana ia lebih tahan lama dan selamat.

BACA: Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid

BACA: Sejarah Gempa Bumi Malaysia: Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan

BACA: Baju Masih Berbau Walau Guna Sabun Mahal? Ini Puncanya

Sumber: @natasyaadilla via Threads