Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Syarikat teknologi global, AT&S mengumumkan hasrat untuk memperluas operasinya di Kulim, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, perkembangan tersebut adalah hasil daripada pertemuan serta perbincangan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Menurut beliau, komitmen itu kini diterjemahkan menerusi pelaburan nyata oleh syarikat berkenaan di negara ini.
Katanya, pelaburan tersebut dijangka mampu memperkukuhkan lagi ekosistem semikonduktor negara selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia.
“Keyakinan pelabur antarabangsa seperti AT&S membuktikan bahawa dasar yang jelas, kestabilan politik, tatakelola yang baik serta iltizam kerajaan untuk memacu transformasi ekonomi sedang meletakkan Malaysia di landasan yang tepat.
“Ia juga menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan teknologi maju dan pusat pertumbuhan ekonomi baharu di rantau ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata perkembangan itu membawa makna besar dalam memperkukuh semangat saling percaya antara kerajaan dan pelabur global.
Menurutnya, ia juga mencerminkan komitmen bersama dalam membina masa depan ekonomi digital negara yang lebih mampan.
“Komitmen ini kini diterjemahkan melalui pelaburan yang nyata serta berimpak tinggi kepada negara,” ujarnya.