Bakal Majikan Dah Tunggu, Ini Antara Universiti Dengan Peluang Kerjaya Lebih Cerah
Bayangkan selepas konvokesyen, majikan dah ‘booking’ awal untuk ambil anda bekerja sebelum sempat rasa menganggur.
Ia merupakan impian bagi setiap graduan untuk terus melangkah masuk ke dunia pekerjaan dengan penuh yakin, tanpa stres fikir resume kena hantar berpuluh-puluh.
Inilah antara kelebihan yang ditawarkan oleh DRB-HICOM University, antara universiti di Malaysia yang menyediakan laluan kerjaya pilihan melalui konsep unik yang dikenali sebagai ‘Pasport Karier’.
Konsep ini adalah bukti komitmen universiti di dalam bagi memastikan graduan kami bukan hanya sekadar graduan akademik, tetapi juga calon pekerja yang dikehendaki oleh majikan.
DHU melengkapkan para pelajar dengan kemahiran profesional, pengalaman praktikal serta pendedahan kepada jaringan industri.
Kesimpulannya, para pelajar yang menamatkan pengajian mengikut kriteria ditetapkan berpeluang diserap masuk ke syarikat-syarikat di bawah kumpulan DRB-HICOM, sekali gus membuka laluan kerjaya sebaik tamat belajar.
Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh DRB-HICOM University;
Kebolehpasaran Graduan Tinggi
Kebanyakan graduan DHU tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pendedahan industri (apprenticeship) dan ramai graduan dilaporkan terus mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, hasil pendedahan awal kepada dunia industri.
Pada 2019, DRB HICOM University melahirkan antara graduan yang paling mudah mendapatkan pekerjaan di negara dengan kadar pengambilan setinggi 90 peratus.
Jadi tidak hairan mengapa ia dijuluki sebagai pilihan universiti ‘Pasport Karier’
Jaringan Rapat Bersama Pemain Industri

DRB-HICOM University dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad, sebuah konglomerat besar yang mempunyai sebanyak 36 anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai industri seperti automotif, perkhidmatan, pembuatan, kewangan dan pelbagai sektor lain.
Kelebihan ini membolehkan universiti membina hubungan rapat dengan industri, memahami keperluan industri dan sekali gus meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.
Laluan Kerjaya Sistematik Melalui Konsep ‘Pasport Karier’

Selain itu, program pendidikan di DRB-HICOM University direka secara holistik dengan menggabungkan teori akademik, pengalaman praktikal dan bimbingan kerjaya.
Konsep ‘Pasport Karier’ memberi kelebihan unik kepada graduan kerana mereka bukan sahaja memperoleh kelayakan akademik, malahan menimba pengalaman industri yang relevan sebelum menamatkan pengajian. Oleh yang demikian, graduan universiti DHU menjadi lebih kompetitif, berdikari, berdedikasi.
Latihan Industri & Pengalaman Praktikal Di Syarikat-Syarikat Gergasi

Tambah lagi, rangkaian industri DRB-HICOM membuka peluang pendedahan profesional kepada pelajar dan graduan, di samping pilihan penempatan industri yang luas.
Secara tidak langsung, pendedahan awal kepada persekitaran kerja sebenar membolehkan pelajar memahami budaya organisasi, struktur operasi dan keperluan industri, sekali gus mempercepat proses penyesuaian apabila melangkah ke alam kerjaya sepenuh masa.

Program ini direka khas bagi tujuan mempercepatkan pertumbuhan kerjaya graduan dengan memberikan pengalaman kerja merentas jabatan serta peluang membina rangkaian profesional bersama syarikat besar.

Manfaat Istimewa
Lebih menarik, pelajar di sini dapat menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh DRB-HICOM University antaranya;
Bantuan kewangan & biasiswa
Asrama percuma


Rebat pembelian laptop
Tiket penerbangan sehala (bagi pelajar Sabah & Sarawak sahaja)
Seiring dengan tagline “DRB-HICOM University is For The Industry, By The Industry”, DRB-HICOM University bukan sekadar institusi pendidikan biasa.
Sebaliknya, ia menawarkan laluan kerjaya lengkap kepada pelajar yang ingin cepat memasuki pasaran kerja dengan keyakinan dan kelebihan kompetitif.

DRB-HICOM University Tengah Buka Intake 2026
Kini, DRB-HICOM University sedang membuka kemasukan pelajar bagi sesi pengambilan 2026. Jika anda sedang mencari universiti yang bukan sahaja menawarkan pengajian seperti sijil Kemahiran, Diploma, dan juga peluang kerjaya, inilah pilihan yang tepat.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Pasport Karier’ dan program yang ditawarkan, layari laman web rasmi DRB-HICOM University di sini.
“Di sinilah bermulanya kerjaya profesional generasi masa depan dilahirkan.”
