Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

‘Bantu’ Pemandu Lain, Tindakan Abang Lori Raih Pujian Ramai
Di Malaysia, saban hari kita disajikan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas.
Laporan demi laporan memaparkan insiden yang bukan sahaja mengakibatkan kerosakan teruk. Malah, turut meragut nyawa, menyebabkan kecederaan parah, dan meninggalkan trauma kepada mangsa serta ahli keluarga mereka.
Lebih memilukan, sebahagian daripada nahas ini berpunca daripada sikap cuai, tergesa-gesa atau pentingkan diri sesetengah pemandu.
Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ramai dalam kalangan masyarakat merasa geram, marah, malah takut setiap kali melihat atau mendengar berita tentang kemalangan membabitkan kenderaan berat.
Namun begitu, di sebalik pelbagai kisah hitam yang sering dikaitkan dengan kenderaan berat ini, wujud juga sisi lain yang patut diberi perhatian.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video pendek yang memaparkan tindakan mulia seorang pemandu lori, sekali gus mencuri perhatian ramai netizen.
Dalam rakaman itu, pemandu lori berkenaan dilihat memperlahankan kenderaan dan berhenti seketika. Ia bertujuan memberi laluan kepada sebuah kereta yang ingin membelok masuk ke simpang dari arah bertentangan.
Namun, apa yang benar-benar menyentuh hati bukan sekadar tindakannya berhenti memberi laluan. Malah, beliau turut bertindak menjadi ‘mata’ kepada pemandu kereta tersebut.
Disebabkan saiz lori yang besar menutupi pandangan pemandu kereta, pemandu lori itu dengan pantas memberi isyarat tangan agar kereta berkenaan berhenti terlebih dahulu.
Ini kerana terdapat beberapa motosikal yang sedang melalui bahagian tepi lori dan mungkin tidak kelihatan daripada arah pandangan pemandu kereta.
Setelah memastikan keadaan trafik kembali tenang dan laluan benar-benar selamat, beliau sekali lagi mengangkat tangan. Kali ini, sebagai isyarat membenarkan kereta itu meneruskan perjalanan dan masuk ke simpang dengan selamat.
https://www.facebook.com/reel/1217966546481827
Menjengah ke ruangan komen, tindakan pemandu lori itu nyata mendapat pujian ramai. Rata-rata memuji sikap prihatin dan berhemah yang ditunjukkan oleh pemandu lori tersebut.
Lebih penting, kejadian ini mengingatkan kita semua bahawa sikap saling bantu-membantu di jalan raya bukan sahaja memudahkan pergerakan trafik. Malah, berperanan besar dalam mencegah kemalangan.
Kadangkala, satu isyarat tangan, satu senyuman atau sedikit kesabaran mampu menyelamatkan nyawa.
Setiap tindakan dan keputusan kita di jalan raya memberi kesan kepada orang lain. Ingatlah bahawa keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
BACA: Ramai Ambil Mudah, Tak Tutup Kemas Penutup Radiator Boleh Buat Rugi Beribu
BACA: Lelaki ‘Meremang’ Kongsi Keajaiban Di Tanah Suci
BACA: Iran Hukum Gantung Lelaki Disabit Kesalahan Jadi Perisik Israel – Badan Kehakiman
Sumber: AR Dash Cam