Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak dinafikan, setiap anak pasti menyimpan ketakutan terbesar dalam hidupnya, kehilangan tempat bertaut, iaitu ibu dan bapa.
Malah, ramai antara kita mungkin sering termenung, membayangkan hari paling perit, hari di mana mereka tidak lagi berada di sisi kita.
Percayalah, perasaan itu wajar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan yang paling kita sayangi.
"Macam mana nak jalankan hidup tanpa mak dan ayah nanti," itulah antara perkara yang sering bermain difikiran.
Namun, setiap daripada kita perlu reda dan menerima dengan hati yang terbuka kerana setiap yang hidup pasti akan melalui fasa kematian.
Terkenal dengan berkongsi video-video menguruskan dan menjaga ibu yang terlantar (bedridden), Pempengaruh di TikTok, Alif Rosehaizad sentiasa meraih perhatian ramai.
Malah, realiti kehidupan yang dialaminya menjadi sumber inspirasi buat mereka di luar sana, yang sedang mengalami situasi serupa.
Baru-baru ini, lelaki berkenaan berkongsi perkhabaran bahawa ibunya, Che Fatimah Nik Omar dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan menerusi temu bual oleh Koolfmmy.
Sementara itu, berdasarkan semakan di media sosial beliau masih belum ada maklumat lanjut berhubung pemergian bunda tercinta oleh pihaknya.

Untuk makluman, Alif pernah bekerja sebagai seorang pengurus komunikasi strategik di sebuah agensi kerajaan sebelum ibunya mulai jatuh sakit pada Jun 2022.
Setahun kemudian, beliau telah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menjaga ibunya secara sepenuh masa pada Jun 2023.
Ketika ibunya jatuh sakit pada 2022, Alif telah mula berkongsi pengalaman menjaga ibunya kepada pengikut di laman TikTok.
Beliau memulakan akaun tersebut kerana dirinya turut merasai perasaan lost ketika mula mengadaptasi dalam rutin kehidupan baharu sebagai seorang penjaga pesakit yang terlantar di katil.
“Tujuan saya mulakan akaun ni sebab saya pun lost masa mak saya baru sakit, dan perlu banyak research dan ‘trial and error’ sendiri, jadi saya harap siapa yang jumpa akaun saya tak rasa lost dan keseorangan dan boleh jadikan content saya sebagai rujukan untuk menjaga,” katanya.