Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala, Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang

Athirah
Kredit: Image FX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala, Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang

Seperti yang diketahui, bateri kereta adalah nadi utama dalam sistem elektrik kenderaan.

Ia berperanan sebagai sumber tenaga utama untuk menghidupkan enjin dan memastikan semua peranti elektronik dalam kereta berfungsi dengan lancar.

Walaupun sering dianggap mudah untuk diganti, masalah seperti kehabisan tenaga atau kerosakan mengejut boleh menjejaskan pemanduan harian secara mendadak.

Salah satu tanda yang paling membimbangkan pemandu ialah apabila lampu bateri menyala pada papan pemuka walaupun bateri baru sahaja diganti.

Situasi ini sering menimbulkan persoalan adakah bateri benar-benar bermasalah atau ada isu lain dalam sistem elektrik kenderaan yang perlu diberi perhatian.

Baru-baru ini, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE berkongsi bahawa terdapat enam komponen lain yang sering menjadi punca masalah dan boleh menjejaskan pemanduan ketika berada di jalan raya.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Kenapa lampu bateri menyala walaupun bateri baru ditukar?

1. Alternator mula rosak

Alternator berperanan mengecas semula bateri semasa enjin hidup. Sekiranya alternator rosak, bateri tidak dapat dicas dengan betul, menyebabkan lampu bateri menyala pada papan pemuka.

2. Carbon brush dalam alternator haus

Komponen kecil ini penting untuk mengalirkan kuasa elektrik. Apabila haus, arus menjadi tidak stabil, menyebabkan lampu bateri berkelip atau menyala untuk tempoh lebih lama.

3. Belt alternator longgar atau putus

Jika tali sawat (belt) alternator longgar atau putus, alternator tidak dapat berpusing. Walaupun alternator masih dalam keadaan baik, sistem pengecasan tetap tidak berfungsi.

4. Kabel terminal longgar atau berkarat

Terminal bateri yang longgar atau berkarat boleh menghalang aliran elektrik. Sistem akan menganggap bateri lemah, sekali gus menyebabkan lampu bateri menyala.

5. Fuse alternator putus

Kadang-kadang hanya fius kecil yang rosak tetapi kesannya sama seperti alternator rosak. Pemeriksaan pada kotak fius (fuse box) perlu dilakukan.

6. Voltage regulator bermasalah

Voltage regulator mengawal voltan pengecasan bateri. Jika rosak, bateri boleh dicas berlebihan atau kurang dicas, seterusnya menyalakan lampu amaran bateri.

BACA: Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej
BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang

Sumber: Muhammad SE