Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang individu misteri yang digelar netizen sebagai ‘Batman Mexico’ mencetuskan perhatian selepas didakwa menangkap beberapa suspek curi motosikal dengan cara luar biasa di Mexico.
Menurut laporan Metro.co.uk, beberapa lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal ditemui diikat pada tiang menggunakan pita pelekat dengan perkataan ‘ratero’ yang bermaksud pencuri ditulis pada kepala mereka.
Insiden itu dilaporkan berlaku di sekitar Lagos de Moreno, negeri Jalisco.
Lapor The Sun, lelaki-lelaki terbabit turut ditemukan dengan lukisan misai serta sesungut kucing pada wajah mereka, manakala motosikal yang dipercayai dicuri diletakkan berhampiran lokasi.
Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mengalami kecederaan dengan kesan lebam dan pendarahan selepas dipercayai bergelut dengan individu misteri berkenaan.
Bagaimanapun, pihak polis mengklasifikasikan individu yang diikat itu sebagai mangsa dalam kejadian tersebut dan kini menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang bertindak mengambil undang-undang di tangan sendiri.
Setakat ini, sebanyak lima kes dilaporkan berkaitan insiden sama.
Susulan kejadian itu, pengguna media sosial mula menggelarkan individu misteri tersebut sebagai ‘Batman Mexico’ kerana tindakannya memburu penjenayah dengan gaya tersendiri.