Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayaran Kepada 181,000 Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuat Mulai Esok-Tengku Zafrul

Sofea
Gambar:BERNAMA

Menerusi siaran langsung Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa bayaran bagi permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat mulai esok.

“Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang telah diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir bulan ini.

“Sukacita saya berkongsi bahawa bayaran ini akan mula dibuat pada esok, 24 Jun. Saya berharap bantuan ini akan meringankan beban semua penerima,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV