Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi 11 Bulan Maut Dihempas Ibu Kandung Ke Lantai

Hannah
Bayi Dihempas Ke Lantai
Sumber: Detik.com

Bayi 11 Bulan Maut Dihempas Ibu Kandung Ke Lantai

Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas dipercayai dihempas ke lantai sebanyak 10 kali oleh ibu kandungnya sendiri.

Difahamkan, kejadian tragis ini berlaku di Desa Portibi Jae, Kecamatan Portibi, Kabupaten Padang Lawas Utara (Paluta), Sumatera Utara.

Menurut Ketua Polis Tapanuli Selatan (Tapsel), AKBP Yasir Ahmadi, insiden berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 1 petang waktu tempatan, di rumah keluarga terbabit yang terletak di kawasan perumahan sebuah ladang.

Ketika kejadian, hanya suspek, 22, dan mangsa berada di rumah, manakala suami suspek berada di luar manakala dua anak yang lain dibawa oleh ibu mentuanya ke gereja.

Anak menangis kerana lapar, ibu hilang sabar

Menurut laporan media tempatan, mangsa dipercayai mula menangis kerana kelaparan. Suspek yang tidak mampu menyusukan anak itu hanya memberikan air putih kerana bekalan susu formula telah habis.

“Anaknya menangis berterusan hampir setengah jam kerana lapar. Ibu itu kemudian hilang sabar, lalu menarik kedua-dua kaki bayinya dan membanting ke lantai sebanyak 10 kali,” jelas Yasir dalam satu sidang media pada Selasa.

Mangsa pada awalnya masih menangis selepas dibanting, namun kemudian terdiam. Suspek kemudiannya meletakkan mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai.

Susulan kejadian, suspek meminta bantuan daripada jiran dengan mengatakan anaknya berlumuran berdarah.

Mangsa yang ketika itu mengalami kejang segera dikejarkan ke hospital oleh penduduk, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

“Hasil siasatan mendapati kepala bayi pecah akibat hentakan kuat ke lantai. Pelaku juga telah mengaku membanting anaknya sendiri sebanyak 10 kali,” kata Yasir.

Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan kini telah ditetapkan sebagai tertuduh serta ditahan reman untuk siasatan lanjut.

BACA: Gabenor Indonesia Tampil Beri Penjelasan, Dakwaan Tradisi Lebih 100 Tahun Di “Claim” Malaysia

BACA: Bapa Lemaskan Bayi Dalam Baldi Sabun, Dakwa Mahu Ajar Isteri

BACA: Texas: 109 Maut Akibat Banjir, 161 Masih Hilang

Sumber: Detik.com