Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
bapa lemaskan bayi baldi
Sumber: Express UK

Bapa Lemaskan Bayi Dalam Baldi Sabun, Dakwa Mahu Ajar Isteri

Azizah Najib

Bapa Lemaskan Bayi Dalam Baldi Sabun, Dakwa Mahu Ajar Isteri

Seorang lelaki berusia 29 tahun dihukum penjara selama 92 tahun selepas didapati bersalah membunuh bayi lelakinya sendiri yang baru berusia tiga bulan dengan cara yang amat mengerikan.

Tertuduh didakwa meletakkan bayinya dalam sebuah baldi berisi cecair pencuci pakaian, menekupnya dalam keadaan tertiarap, kemudian menutup rapat baldi itu dan membiarkannya mati lemas.

Menurut Express UK, tindakan tidak berperikemanusiaan itu difahamkan dilakukan kononnya untuk ‘mengajar isteri satu pengajaran’.

Selepas membunuh anaknya, tertuduh kemudian menyerang isterinya menggunakan besi tayar sehingga menyebabkan kecederaan parah termasuk keretakan pada tengkorak.

Susulan kes tersebut, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 62 tahun atas kesalahan membunuh dan tambahan 30 tahun lagi kerana cubaan membunuh isterinya, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara sebanyak 92 tahun.

Bayi ditemui dalam baldi sabun

Menurut afidavit yang dikemukakan di mahkamah, pihak penyiasat menemui bayi tersebut dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam baldi berwarna jingga yang dipenuhi cecair sabun gelap.

Penutup baldi tersebut telah ditutup rapat dan diletakkan di sebelah tong sampah di dapur.

Laporan bedah siasat mengesahkan bahawa bayi itu meninggal dunia akibat lemas dan sesak nafas akibat terendam dalam cecair pencuci, dipercayai telah menelan kira-kira 100 mililiter sabun sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahu ajar isteri & kaum wanita satu ‘pengajaran’

Timbalan Pendakwa Raya, Elyse Madigan, menyifatkan kes ini sebagai antara yang paling kejam pernah ditangani.

“Seorang bapa memasukkan anaknya yang berusia tiga bulan ke dalam baldi berisi sabun pencuci, menekup muka bayi ke bawah, menutup baldi tersebut, kemudian pergi ke bilik lain dan menyerang isterinya dengan kejam,” katanya.

Madigan juga menjelaskan motif sebenar di sebalik tindakan kejam tertuduh adalah kerana marah terhadap isterinya yang dianggap tidak menghormatinya. Tertuduh dilaporkan berkata dia mahu mengajar isterinya dan kaum wanita satu ‘pengajaran’.

“Dia berulang kali menyatakan dia tidak peduli apa akibatnya. Dia tidak sanggup hidup tanpa mengajar Edlie satu pengajaran. Dan sekarang, dia akan habiskan hidupnya di penjara, tempat yang selayaknya,” tambah Madigan.

Hakim: “Ini jenayah paling ngeri”

Hakim Tippecanoe Superior Court, Steve Meyer, menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh.

“Kamu bunuh anak sendiri. Saya tidak dapat bayangkan jenayah yang lebih mengerikan daripada ini.

“Membayangkan seorang bapa memasukkan bayi berusia tiga bulan ke dalam baldi sabun dan menutupnya adalah sesuatu yang langsung tidak dapat diterima akal,” ujar Meyer.

Kronologi kejadian

Kejadian bermula pada 10 Ogos tahun lalu apabila polis dipanggil ke hospital susulan laporan keganasan rumah tangga.

Isteri tertuduh yang mengalami kecederaan serius termasuk tengkorak retak, memberitahu pihak berkuasa bahawa suaminya telah menyerangnya dengan alat seperti besi tayar dan melarikan anak mereka.

Pihak berkuasa yang ke rumah pasangan itu menemui kesan darah serta bukti menunjukkan berlaku serangan, namun bayi mereka tidak ditemui ketika itu.

Keesokan harinya, tertuduh berjaya ditahan. Dalam soal siasat, dia mengaku menyerang isterinya tetapi menafikan mengetahui di mana anaknya berada.

Pada 11 Ogos, pihak penyiasat kembali ke rumah dan akhirnya menemui anak mereka di dalam baldi bertutup yang diletakkan berhampiran tong sampah di dapur.

BACA: Anak Masih Trauma Selepas Kemalangan Van Sekolah – Ibu Mangsa

BACA: Sungai Korok Rekod Lapan Kematian Dalam Tempoh Lima Tahun

Sumber: Express UK