Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa Jalan Di Ibu Kota Dinaiki Air Susulan Hujan Lebat Malam Ini
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Parlimen berhadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan, Jalan Pudu berdekatan Hospital Tung Shin dan Jalan Kuching di bawah Bulatan Segambut.
Kenyataan itu memaklumkan petugas DBKL telah bersiap sedia di lokasi terbabit bagi mengawal lalu lintas dan membantu penyelamatan sekiranya diperlukan.
“Seramai 120 petugas DBKL bersiap sedia di lapangan melibatkan flying squad dan pasukan kecemasan, skuad penyelamat, warden trafik serta pasukan tunda.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan elakkan daripada melalui jalan yang dinaiki air dan sentiasa merujuk kepada ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan,” menurut kenyataan itu.
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku
BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP
Sumber: Bernama