Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beg Pakaian Disangka Berisi Bom Cetus Kebimbangan Orang Ramai, Rupanya Hanya Beg Kosong

Gambar hiasan via Awani

KUALA LUMPUR – Sebuah beg pakaian yang disangka berisi bom ditinggalkan di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal di Jalan Telawi, Bangsar telah mencetuskan kebimbangan orang awam dalam kejadian petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil pemeriksaan oleh Unit Pengesan Bom IPK Kuala Lumpur dan Unit K9 PDRM mendapati tiada sebarang bom ditemui dalam beg pakaian tersebut.

Sementara itu, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan imej kaki suspek yang memakai seluar pendek dan separuh badan. Rakaman turut memaparkan suspek meletakkan beg tersebut di lokasi kejadian sebelum beredar.

Asisten Komisioner Amihizam bagaimanapun mengesahkan beg pakaian tersebut kosong serta menasihatkan orang awam agar tidak panik apabila menemukan sebarang objek dalam keadaan yang meragukan.

Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang mungkin terlibat dalam insiden tersebut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan, katanya.

Sumber: Awani