Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Pemain Bola Sepak Meninggal Dunia, Jatuh Dari Kerusi Lif
Bekas pemain bola sepak antarabangsa Jerman, Sebastian Hertner, 34, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi lif di sebuah pusat peranginan Savin Kuk berhampiran bandar pergunungan Zabljak, Montenegro, lapor The Mirror.
Lebih menyayat hati, kejadian berlaku di hadapan isterinya selepas Hertner terjatuh daripada ketinggian 70 meter.
Menurut laporan awal, sebuah kerusi lif berkembar terlepas daripada kabel dan bertembung dengan kerusi di belakangnya.
Susulan itu, Hertner terjatuh dari lif tersebut dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, 30, terperangkap di kerusi berkenaan.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga pelancong lain dilaporkan terperangkap di kerusi masing-masing selama beberapa jam sebelum pasukan penyelamat berjaya membawa mereka turun dengan selamat.
Sementara pihak berkuasa Montenegro mengarahkan penutupan serta-merta kerusi lif itu bagi memberi peluang kepada siasatan dijalankan.
Untuk makluman, Sebastian Hertner pernah mewakili kelab bola sepak di Jerman termasuk 1860 Munich, Erzgebirge Aue dan Darmstadt dalam liga divisyen kedua.
Hertner juga pernah menjadi kapten pasukan ETSV Hamburg dalam Oberliga, di divisyen kelima liga Jerman.
Sumber: The Mirror