Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Pemain Sepak Takraw Negara Maut Terlibat Kemalangan
ALOR SETAR -- Bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Taufik Md Saad dilapor maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Permergian Allahyarham dikongsikan menerusi hantaran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di Facebook.
"Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Taufik Md Saad (Bekas Pemain Sepaktakraw Kebangsaan) yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya," maklum kenyataan itu.
Tambah PSM, pihaknya turut mendoakan allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya.
"PSM ucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau kepada negara," maklum PSM lagi.
Untuk makluman, Mohd. Taufik yang pernah beraksi untuk skuad negara pada Sukan SEA Laos pada 2009.