Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali secara rasmi menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang dipimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Parti itu turut mengumumkan pelantikan Hazani sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Wawasan.
“Tahniah dan selamat maju jaya kepada Hazani atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Wawasan,” menurut parti itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Hazani sebelum ini berkhidmat selama 38 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pernah memegang beberapa jawatan kanan termasuk Pengarah KDNKA Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) serta Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Dalam perkembangan sama, Wawasan turut mengumumkan penyertaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dzowahir Ab Ghani serta Senator Azahar Hassan ke dalam parti berkenaan.
Azahar dilaporkan meninggalkan parti terdahulunya tiga hari lalu sebelum mengumumkan penyertaannya ke dalam Wawasan.
Menurut parti itu, kemasukan Azahar turut menjadikan beliau wakil pertama Parti Wawasan Negara di Dewan Negara.
Sebelum ini, Azahar merupakan Setiausaha Bersatu Perlis dan juga Ketua Bersatu Bahagian Kangar.