Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Peserta AF4, Amirul Azwan Meninggal Dunia
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, meninggal dunia pada Selasa.
Berita duka itu dimaklumkan oleh sepupunya, Aznizan Jezeri di Facebook.
“Dengan rasa sedih dan dukacitanya, dimaklumkan sepupu saya, Amirul Azwan Mohd Ghazali telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi,” katanya.
Selain itu, Datuk Aznil Nawawi turut mengucapkan salam takziah di atas pemergian penyanyi itu.
“Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi.
“Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amighul berada di Sarawak. Sesekali dia ada bertanya khabar di sosial media.
“Hari ini Amighul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah,” katanya.
Sumber: Aznizan Jezeri, Datuk Aznil Nawawi