Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu Meninggal Dunia

Tun Samy Vellu Meninggal Dunia
Kredit BERNAMA

Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu Meninggal Dunia

Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menerusi satu hantaran di Facebook telah menulis berkenaan pemergian bekas presiden MIC itu.

Berita pemergian itu disampaikan oleh anak Tun Samy Vellu, DS Velpari.

S. Subramaniam juga memuji beliau yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara terutamanya masyarakat India. MIED, Universiti Aimst dan Kolej Tafe adalah sumbangan besar beliau.

S. Subramaniam dalam hantaran itu juga mengucapkan takziah kepada isteri Toh Puan, DS Velpari dan seluruh ahli keluarga mendiang atas kematiaannya.

Sumber: Bernama Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang