Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berduet Bersama Siti Nurhaliza, Amad Sekali Lagi Tuai Pujian

Hannah
Amad Siti Nurhaliza
Kredit: @sitinursairahtarudin_new/TikTok

Berduet Bersama Siti Nurhaliza, Amad Sekali Lagi Tuai Pujian

Ahmad Daiyan, anak lelaki kepada penyanyi Siti Sairah, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas kemunculannya berduet bersama ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu video yang tular baru-baru ini.

Nyanyian duet pikat hati pendengar

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Siti Sairah di platform TikTok, Ahmad atau lebih dikenali sebagai Amad, dilihat menyanyikan lagu hits Seribu Kemanisan bersama Siti Nurhaliza.

Penampilan Amad yang bersahaja nyata memukau ramai penonton, lebih-lebih lagi apabila dia mampu menyaingi vokal hebat Siti dalam persembahan tersebut.

Bahkan, Siti sendiri turut melontarkan pujian terhadap persembahan anak saudaranya itu.

“Sedapnya Amad,” puji Siti.

Disifatkan sebagai pewaris bakat seni

Siti turut berkongsi semula video nyanyian mereka di laman Instagramnya dan menyifatkan Amad sebagai seorang lagi pewaris bakat seni dalam keluarga mereka.

“Seorang lagi pewaris bakat seni dan ahli sukan keluarga kami. Semoga Allah S.W.T permudahkan segalanya buat Amad. Pelajaran jangan diabaikan ye.. Amad sekarang sekolah di sekolah sukan,” pesan Siti.

Untuk Info, Amad sebelum ini pernah tular apabila muncul dalam sebuah video nyanyian bersama kakaknya, Umairah, yang juga seorang penyanyi muda.

BACA: KRU Catat Dua Pengiktirafan “Malaysia Book of Records”

BACA: Bront Palarae Dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Thailand

BACA: Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Masuk Liang Lahad

Sumber: Astro Gempak