Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Berulang Kali Mereka Ucap Terima Kasih”, Semua Kenal, Mangsa Banjir Kaum India Terharu Ustaz Ebit Datang Melawat & Hulur Bantuan

Gambar: Us Ebit Lew

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew pagi ini berkongsi tentang ziarahnya menyantuni mangsa-mangsa banjir daripada kalangan kaum India di Pahang.

Walaupun berbeza warna kulit, bangsa dan agama, namun itu bukan jadi penghalang untuk beliau menyumbangkan baktinya selaku sukarelawan.

“Dah lewat ziarah masyarakat India Kuala Krau, Temerloh. Air banjir di tempat mereka dah surut.

“Sampai je semua kenal saya. “Ini Ebit Lew ye?”. Berebut-rebut mereka ajak bergambar,” katanya.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Kepenatan mental mereka yang diuji dengan musibah banjir seakan-akan hilang apabila Ustaz Ebit sudi bertandang ke sana.

Seperti biasa, ada buah tangan dan ‘hadiah’ diberikan beliau kepada mereka sebagai tanda kasih atas nama persaudaraan.

“Saya bawa hadiah untuk mereka dan sedikit duit belanja. Semua tengah bersihkan rumah.

“Semangat mereka dan mesra je,” jelasnya.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Difahamkan, agak banyak juga kerosakan yang dialami mereka, malah Ustaz Ebit Lew dapat ‘rasa’ bagaimana perasaan mereka semua yang diuji ketika itu.

“Berat ujian (mereka), barang banyak rosak. Ada dinding rosak dan dapur rosak. Terasa perasaan keluarga.

“Ulang kali mereka ucap terima kasih. Baik-baik sangat orang sini,” katanya lagi.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Untuk gambar-gambar selebihnya, boleh dilihat pada hantaran asal di pautan yang disertakan di bawah ini.

Sumber: Ustaz Ebit Lew