Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Bila Kucing Dianggap Keluarga,” Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Azizah Najib
kucing dianggap keluarga
Kredit: Aryani
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Bila Kucing Dianggap Keluarga,” Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Apabila tamatnya sebuah perjalanan dalam menimba ilmu pengetahuan membuatkan setiap jiwa yang selama ini bekerja keras, melonjak gembira.

Segala usaha dan pengorbanan akhirnya terbayar apabila impian untuk menggenggam segulung ijazah tertinggi, Doktor Falsafah (PhD), tercapai di usia muda.

Kegembiraan itu bukan sekadar tentang kejayaan akademik, tetapi juga tentang perjalanan panjang yang ditempuh dengan penuh ketabahan.

Tiada siapa yang tahu jerit perih di sebalik kejayaan itu. Hari-hari yang panjang dihabiskan dari sebelum matahari terbit hingga lewat malam, mencari maklumat, mengumpul data serta menjalankan penyelidikan tanpa mengenal erti penat.

Dalam kesibukan itu, mereka belajar untuk berjimat, mengikat perut dan bertahan demi cita-cita yang besar.

Dari jalanan menjadi kesayangan

Namun, di sebalik kesibukan dan tekanan ini, hadir satu jiwa kecil yang membawa ketenangan, seekor kucing jalanan diberi nama Coffee. Kucing kesayangan yang bukan sekadar teman, malah peniup semangat dan sumber ketabahan sepanjang perjalanan menuntut ilmu.

Kisah ini dikongsi oleh seorang wanita bernama Aryani yang memuat naik rakaman dirinya meraikan kejayaan sahabat, Dr Nurul Rezuana Buyung yang menamatkan perjalanan PhD di Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam rakaman berkenaan, terpampang kain rentang ucapan tahniah dengan gambar seekor kucing berbelang hitam putih, Coffee si teman setia yang menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka.

Menurutnya, kucing yang diberi nama Coffee itu merupakan haiwan peliharaan mereka bersama.

“Coffee ialah kucing peliharaan kami berempat. Tahun ini bulan sembilan masuk empat tahun,” kongsinya ketika ditanya SK.

Apa yang melucukan, riak wajah Coffee kelihatan begitu tegas umpama gambar kad pengenalan seorang panglima, malah terletak elok sehingga menarik perhatian warga maya.

Video berkenaan mendapat 232.6k tontonan setakat ini

“Nama Coffee ada dalam penghargaan tak?” seloroh warga maya.

“Pewaris harta pusaka tu kak, yang paling kanan tu paling banyak dapat,” tambah seorang lagi.

“Berapa banyak kertas jurnal kena kokak dengan Kopi?” soal seorang lagi dengan nada berjenaka.

BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah, Buat Ramai Terharu

BACA: Siri Animasi Cherita Angkat Penyu Terengganu Jadi Wira

BACA: Tak Sedar Bayi Lupa Bernafas, Ibu Periksa Beberapa Perkara Ini

Sumber: Aryani