Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bot Fiber Tanpa Pendaftaran, Tiga Warga Myanmar Ditahan Maritim Malaysia

Bot Tanpa Pendaftaran Ditahan
Kredit: Facebook Maritim Malaysia

Sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Pasir Hitam, Perak pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Maritim Malaysia memaklumkan bot fiber itu disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang, bubu naga.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 10.50 pagi dalam satu operasi penguatkuasaan lebih kurang 4.3 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam.

Bot Tanpa Pendaftaran Ditahan Maritim Malaysia

“Pemeriksaan mendapati bot fiber berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran yang sah dan disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan, iaitu bubu naga.

“Pemeriksaan lanjut terhadap tiga kru warga Myanmar pula mendapati mereka disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,” katanya.

Bot fiber bersama ketiga-tiga krunya kemudian dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Lurau sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan serta Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan serta operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang, penggunaan peralatan tangkapan terlarang serta pelanggaran undang-undang imigresen di perairan negara.