Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BUDI95: Had Kelayakan E-Panggilan Ditingkatkan, Teksi Lapangan Terbang Layak Terima Subsidi

Azizah Najib
perjanjian malaysia as
Kredit: Bernama

BUDI95: Had Kelayakan E-Panggilan Ditingkatkan, Teksi Lapangan Terbang Layak Terima Subsidi

KUALA LUMPUR, 4 November (Bernama) — Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pemandu e-panggilan yang layak sehingga 800 liter sebulan, tertakluk syarat perjalanan ditetapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti rayuan pemandu e-panggilan berdasarkan kegunaan sebenar.

Beliau berkata bagi Oktober, kerajaan menyediakan had kelayakan tambahan untuk pemandu e-panggilan aktif dengan menaikkannya daripada 300 kepada 600 liter sebulan, yang memanfaatkan 58,000 pemandu.

“Pada masa sama, kerajaan turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan program penyasaran subsidi RON95, dan tindakan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutama golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-panggilan dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama

BACA: Pembedahan Bariatrik Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasannya

BACA: Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000

BACA: Rahsia Panjangkan Jarak EV Anda: Pandu Lebih Jauh, Cas Kurang