Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlaku satu insiden melibatkan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.
Menurut CAAM menerusi kenyataan ringkas di laman X, landasan lapangan terbang berkenaan kini ditutup.
“Maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial perkongsian orang ramai yang menyaksikan kepulan asap menyelubungi sebuah helikopter di landasan lapangan terbang itu.
Artikel lanjut akan menyusul
