Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
periuk hangus berkerak
Gambar: AI/ImageFX

Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus & Berkerak, Tak Perlu Beli Baru

Nur Erizsha

Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus & Berkerak, Tak Perlu Beli Baru

Masalah periuk hangus dan berkerak memang menghantui ramai suri rumah serta sesiapa sahaja yang gemar memasak.

Bayangkan selepas bersusah payah menyediakan hidangan, periuk pula ditinggalkan dengan kesan hitam melekat yang susah digosok.

Bukan saja hilang ‘mood’ nak masak, malah bau hangitnya pun boleh buat kurang selera.

Lebih teruk, jika kerak itu dibiarkan terlalu lama, ia boleh keluarkan bau tidak menyenangkan dan kadangkala mengubah rasa makanan.

Ramai yang terus fikir periuk lama sudah tak berguna, sedangkan sebenarnya masih ada cara untuk menyelamatkannya.

Mari kita tengok tip mudah yang boleh anda cuba untuk bersihkan periuk hangus, dikongsikan menerusi Southern Living.

Kenapa perlu bersihkan periuk hangus?

Menjaga kebersihan peralatan dapur bukan sekadar untuk nampak bersih, tapi juga penting untuk:

  • Kurangkan risiko kebakaran – Minyak dan kotoran yang tertinggal boleh jadi punca api.

  • Elak penyakit bawaan makanan – Sisa masakan lama boleh mencemarkan hidangan baharu.

  • Pastikan rasa masakan lebih asli – Anda tentu tak mahu rasa kari semalam masuk dalam lauk hari ini.

  • Tahan lebih lama – Periuk yang dijaga rapi boleh digunakan bertahun-tahun, malah ada yang seumur hidup.

Menurut pakar, periuk yang tidak dibersihkan dengan betul akan meninggalkan lapisan melekit dan menjadikannya semakin sukar digunakan.

Persediaan sebelum membersih

Justeru, sebelum mula membersihkan periuk hangus ini, pastikan langkah keselamatan berikut diikuti:

  • Pakai sarung tangan mencuci pinggan untuk lindungi tangan daripada air panas.

  • Jika guna cuka atau serbuk pembersih, pastikan ada pengudaraan dengan membuka tingkap.

Bahan yang diperlukan:

  • Soda penaik (baking soda)

  • Hidrogen peroksida

  • Cuka

  • Span atau berus lembut

  • Sabun pencuci pinggan

Cara bersihkan periuk hangus

1. Rendaman soda penaik & hidrogen peroksida

  • Campurkan soda penaik dengan hidrogen peroksida dalam periuk.

  • Rendam selama 6 jam.

  • Gosok dengan span lembut.

  • Bilas bersih dan keringkan.

2. Rebus cuka & soda penaik

  • Masukkan air dan cuka ke dalam periuk, rebus hingga mendidih.

  • Tutup api, kemudian masukkan soda penaik.

  • Buang larutan dan cuci periuk dengan sabun.

  • Bilas bersih dan keringkan.

Tip mencegah periuk mudah hangus

Selain tahu cara membersih, lebih baik elak periuk daripada cepat rosak:

  • Pilih periuk yang sesuai – Jangan guna periuk tidak lekat pada suhu tinggi.

  • Panaskan periuk sebelum tambah minyak – Cara ini bantu elakkan makanan melekat.

  • Kenali dapur anda – Setiap jenis dapur berbeza, jadi sentiasa kawal api ketika memasak.

BACA: Tip Bersihkan Tandas Kuning & Kotor Dengan Hanya 5 Bahan

BACA: Kulit Telur Baik Untuk Tanaman, Berkesan Atau Tidak

BACA: Rumah Masih Berbau Busuk? Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan

Sumber: Southern Living