Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jika ada keperluan untuk menghantar mesej melalui WhatsApp, biasanya kita perlu save nombor telefon berkenaan, melainkan pemilik nombor sediakan link. Perkara ni biasa terjadi bila nak berurusan dengan peniaga online.
Ada sesetengah penjual yang hanya meninggalkan nombor telefon mereka di media sosial. Jadi kalau nak berhubung dengan penjual ni, kita perlu save nombor telefon mereka walaupun sekadar nak bertanya.
Bila dah save nombor telefon ni sebagai contact, barulah kita boleh hantar mesej kepada penerima melalui aplikasi WhatsApp ni. Lama kelaman makin banyak lah nombor tak dikenali yang kita save di contact telefon kita.
Perkara ini boleh jadi kurang selesa untuk kebanyakan orang. Tambahan pula bila nak post status kat WhatsApp, tak pasal-pasal orang asing pun boleh tahu pasal kehidupan peribadi kita.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada cara untuk hantar mesej di WhatsApp tanpa perlu save nombor telefon. Nak tahu macam mana, tonton video yang dikongsikan pengguna TikTok @viprogadget ni.
Tapi sebelum tu korang kena setup shortcut WhatsApp dulu tau. Nak tahu lebih lanjut macam mana nak setup shortcut ni, boleh tengok video di bawah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok @viprogadget