Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

CAS Benarkan 7 Pemain Harimau Malaya Beraksi - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Menerusi hantaran Football Association of Malaysia di Facebook, tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.
Kesemua pemain tersebut sebelum ini digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak susulan keputusan yang dibuat oleh FIFA pada September lalu.
Menerusi keputusan terbaharu CAS, hukuman penggantungan tersebut ditangguhkan buat sementara waktu, sekali gus membolehkan kesemua pemain berkenaan meneruskan karier profesional masing-masing serta terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.
Menurut FAM, kelulusan Penangguhan Pelaksanaan ini akan kekal berkuat kuasa sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS diputuskan.
Ia sekali gus memberi ruang penting kepada pemain-pemain terlibat untuk terus beraksi tanpa sebarang sekatan.