Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cerun Runtuh Di KM 263.6 PLUS Sebabkan Kesesakan 15KM

Cerun Runtuh
Kredit: Lembaga Lebuhraya Malaysia

IPOH, 11 Sept (Bernama) -- Kejadian cerun runtuh di Kilometer (KM) 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15 kilometer petang ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di platform X, kejadian yang dilaporkan pada 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan kesesakan trafik sejauh empat kilometer pada peringkat awal.

Bagaimanapun, situasi semasa telah dikemas kini pada 6.28 petang memaklumkan kesesakan meningkat sehingga 15 kilometer susulan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di lokasi.

“Susulan terdapat cerun runtuh di KM 263.6 arah Selatan dari Terowong ke Ipoh (Utara). Lorong kiri terhalang. Trafik sesak empat kilometer.

“Pasukan dari OPUS dan PLUS di lokasi untuk membuat penilaian. Kerja-kerja pembersihan masih lagi dijalankan. Trafik sesak 15 KM. Berhati-hati memandu ketika cuaca hujan!” menurut hantaran itu.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, terutama dalam keadaan cuaca hujan.

Intipati
  • Cerun runtuh berlaku di KM 263.6 arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.
  • LLM memaklumkan lorong kiri terhalang, menyebabkan kesesakan meningkat daripada empat kepada 15 kilometer.
  • Pasukan OPUS dan PLUS berada di lokasi, manakala kerja pembersihan masih dijalankan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan