Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

CF Moto Kini di Bandar Melawati
Orang Kuala Selangor lepas ni dah boleh bergaya dengan motosikal CF Moto dengan lebih mudah sebab bilik pameran CF Moto kini di Bandar Melawati.
Bilik pameran ini dimiliki oleh G.C Ann Motor Enterprise Sdn Bhd dan yang paling menarik bilik pameran CF Moto ini dua tingkat.
Majlis Perasmian yang berlangsung hari ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Dato' Noorzaley Yahya.

Sebaik sahaja upacara potong ribon selesai, majlis di meriahkan dengan letupan mercun dan persembahan tarian singa.
Pelbagai model CF Moto dipamerkan antaranya 250 SR, 650GT, 250 Dual, XO Papio Racer dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pelbagai aksesori seperti helmet LS2 dan aksesori-aksesori CF Moto yang lain juga ada dijual di bilik pameran ini.
Mjalis juga turut dimeriahkan dengan konvoi pemilik motosikal CF Moto pelbagai model.