Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Check’ Dulu Sebelum Beli, Ini Tips Nak Pilih Telur Terbaik Yang Ada Di Pasaran

Gambar Hiasan via B&T

Pemilihan telur sebelum pembelian dibuat adalah sangat penting. Apa tidaknya, kalau dah beli dan pulang ke rumah, baru tahu rupanya telur tersebut tidak segar dan tidak sesuai dimakan. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan aspek kesegaran dan fizikalnya menepati ciri-ciri yang selamat untuk dimakan.

Pemilihan telur perlu dilihat daripada aspek kesegaran dan fizikalnya. Justeru, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Putrajaya menerusi KKM Nak Pesan telah berkongsikan tips dan pesanan pemilihan telur di pasaran.

Berdasarkan infografik yang bersumberkan BKKM Kelantan (Lihat, Hidu dan Rasa), terdapat enam tips memilih telur, antaranya ialah:

  1. Baca label

  2. Lihat tarikh luput

  3. Tidak berbau busuk

  4. Tiada najis

  5. Tidak retak

  6. Tidak pecah

Selain itu, terdapat beberapa pesanan yang disampaikan menerusi infografik ini iaitu:

  1. Beli ikut keperluan bagi menikmati kesegaran telur. Elak simpan stok terlalu lama.

  2. Simpan di tempat yang sesuai – dingin/kering.

  3. Basuh sebelum guna.

Sumber: Twitter @BKKMPutrajaya