Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon Veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali Cik Man, kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Tanah Merah.
Menurut Amir Raja Lawak, Cik Man telah dimasukkan ke hospital itu pada tengah malam semalam kerana saluran jantung tersumbat.
"Dimaklumkan, Cik Man telah dimasukkan ke hospital Tanah Merah tengah malam semalam
"Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini telah ditidurkan untuk beliau rehat dan doktor lakukan rawatan," kata Amir menerusi hantaran di Facebook.

Amir turut mendoakan agar Cik Man berada dalam keadaan baik dan segera sembuh.
"Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala
"Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat. Ada apa-apa perkembangan, in shaa Allah saya akan kemas kini juga
"Doa segala kebaikan buat Cik Man, in shaa Allah," katanya lagi.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan